Chew Tze Ching
D20121061312

Saturday, April 13, 2013

Jagung

Pernahkah kamu makan bertih jagung?

Bertih jagung dibuat daripada jagung kering yang meletup dan mengembang ketika dipanaskan. Jagung bukan sahaja sedap dimakan, bahkan juga berkhasiat dan boleh dijadikan minyak masak.








Bunga matahari

Bunga matahari merupakan bunga yang "bergerak mengikut matahari". Biji benihnya boleh dimakan dan diproses menjadi minyak masak.





Buah zaitun

Buah zaitun mempunyai banyak kalsium dan Vitamin C. Minyak zaitun merupakan minyak masak yang paling baik dan digunakan dalam menyediakan salad, spageti dan sebagainya.


Dandelion yang Cantik
Sekuntum bunga dandelion terdiri daripada bebebrapa bunga yang kecil. Setiap bunga kecil itu terdapat satu biji benih dan biji benih itu disaluti dengan bulu.  





 


Bulu dandelion boleh membantu biji benihnya terbang.  






 

Daun dandelion boleh dijadikan sayur-sayuran.






Tumbuhan yang berbunga















Tumbuhan yang tidak berbunga




Jenaka
Ibu         :  Kita beli lobak merah untuk dibuat hidangan.

Mei Ling : Mak,kenapa beli lobak merah? 
               Saya tidak suka makan lobak merah.

Ibu        : Lobak merah ialah sayur-sayuran berkhasiat. 
              Lobak merah baik untuk mata kita.

Mei Ling : Betulkah?

Ibu         : Adakah kamu pernah lihat arnab memakai cermin mata?


Gigi Harimau

Harimau terdapat dua jenis gigi. Satu dipanggil gigi taring dan satu lagi dipanggil gigi geraham. Harimau membunuh binatang dengan gigi taring dan memakan serta menghancurkan makanan dengan gigi geraham.






Cakar Harimau
Cakar harimau sangat tajam untuk membolehkannya menangkap mangsa. Harimau akan memastikan cakar sentiasa tajam supaya membolehkannya bersedia menyerang mangsa.


Saya Pandai Melompat

Kanggaru mempunyai kaki belakang yang kuat. Kanggaru tidak berjalan tetapi melompat. Kanggaru berlari sambil melompat sehingga mencapai 48 km/j.



Kantung Ibu Kanggaru yang Berguna
Bayi kanggaru akan hidup dalam kantung ibunya. Beberapa bulan kemudian, anak kanggaru akan melompat ke luar kantung. Namun, ia akan balik semula ke kantung ibunya untuk minum susu, tidur atau semasa menghadapi bahaya.


EKOR CICAK TERPUTUS

Apabila cicak diserang musuh, otot di ekornya mengecut dengan tiba-tiba menyebabkan ekornya terputus. Sebahagian saraf pada ekor yang putus itu masih hidup. Oleh itu pergerakan ekor yang terputus itu boleh mengalih perhatian musuh agar cicak dapat melarikan diri.






Adakah ekor cicak tumbuh semula setelah putus?
Setelah ekor cicak putus, tidak lama kemudian ekor baru akan tumbuh semula. Inilah kebolehan pertumbuhan semula cicak.